PERANAN SUKARELAWAN DALAM MASYARAKAT BESAR DAN RELEVAN…dalam misi menwujudkan masyarakat prihatin dan penyayang.

Dari kiri, Mohd Hazli Ali Zapar (penerima Anugerah Sukarelawan Kebajiiahn Muda 2019) Sabah Land Rover Club diwakili oleh presidennya, John Kong (penerima Anugerah Sumbangan Ikhlas). Dari kanan, Wong Hock Phin (penerima Anugerah Tokoh Sukarelawan Kebajikan Lelaki 2019) dan Puan Prudence Diana Lingham (penerima Tokoh Sukarelawan Kebajikan Perempuan 2019) bergambar kenangan bersama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni. (Tengah) dan Frankie (6 dari kiri).

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Menteri Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat Sabah,  Datuk FrankiePoon Ming Fung berkata, peranan sukarelawan dalam masyarakat adalah besar dan relevan dalam misi menwujudkan masyarakat prihatin dan penyayang.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan bagi pihak (Kerajaan Negeri) kepada sukarelawan-sukarelawan kebajikan Negeri yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga agar golongan terpinggir mendapat pembelaan supaya masyarakat kita lebih sejahtera.

“Semoga gerak kerja dan sumbangan sukarelawan-sukarelawan memberi inspirasi  kepada masyarakat untuk menyemarakkan lagi semangat dan penglibatan dalam kerja kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurakan penutupan Bulan Kebajikan Dan Malam Penghargaan 2019, di Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni.

Framkie juga menyambut baik inisiatif Jawatankuasa Pelaksana dalam mengadakan Arts For A Cause yang mempamerkan hasil seni daripada komuniti dan Orang Kurang Upaya di ruang legar dewan yang mulia ini serta persembahan Suara dari Hati yang begitu mengagumkan.

“Inisiatif ini amat memberangsangkan kerana kita dapat melihat expresi dan bakat Orang Kurang Upaya (OKU)terutamanya orang yang mempunyai autisme melalui kesenian lukisan dan muzik.

Hasil kesenian mereka mempunyai ungkapan mesej yang tersendiri di mana kita semua perlu hargai.

Initiatif ini sedikit sebanyak membawa kita bergerak ke arah pencapaian masyarakat inklusif selaras dengan tema Bulan Kebajikan, bergandingan tanpa ketinggalan,” katanya.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada para artis “Arts For A Cause” dan Suara Dari Hati kerana memberi satu keistimewaan di majlis tersebut.

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah kerana berjaya melaksanakan Program Bulan Kebajikan 2019 dengan pelbagai pengisian aktiviti inklusif, berimpak dan bermakna di semua peringkat daerah mahupun Negeri selaras dengan tema iaitu `Bergandingan Tanpa Ketinggalan – Leaving No One Behind’. 

Frankie yang juga Presiden Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah berkata, tema  Bulan Kebajikan 2019 ini bertepatan dengan komitmen Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah untuk merancakkan pembangunan kesejahteraan masyarakat dan juga menyahut seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar tiada golongan yang ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan pencapaian pembangunan lestari Negara. 

“Selaku Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, saya berharap dan menyeru agar semua perancangan dan perlaksanaan pelan strategik pembangunan Negeri Sabah bersifat inklusif dan mencapai masyarakat terpinggir dan kurang berkeupayaan,” katanya.