KOTA KINABALU: Orang awam diingatkan tidak mengambil jalan singkat dengan menyeberang landasan kereta api yang tidak berpagar bagi mengelak kemalangan.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, langkah itu penting bagi membendung kejadian sama berlaku seperti kes rempuhan kereta api bersama sebuah kereta pacuan empat roda.
“Kita begitu kesal dengan laporan awal kemalangan yang disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri menggunakan jalan mudah menyeberang laluan tidak sah dan tidak berpagar.
“Justeru, orang ramai perlu berhati- hati menggunakan landasan kereta api khususnya di kawasan perkampungan. Gunalah laluan yang disediakan sahaja,” katanya ketika ditemui pada Program Dendang Jiwa Serumpun, di sini pada Khamis.
Kes pelanggaran yang berlaku di Kampung Mandahan Papar pada Rabu itu mengakibatkan seorang meninggal dunia, manakala empat cedera ringan.
Meskipun begitu, Pairin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai punca kes rempuhan itu.
Beliau juga merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa terlibat dan berharap agar kejadian seumpama itu akan dijadikan iktibar oleh semua anggota masyarakat.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ