Ujian integriti PDRM di seluruh negara mulai Ahad ini

[ad_1]


KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan ujian integriti di seluruh negara mulai Ahad ini untuk calon-calon bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki), Konstabel YA1 (Lelaki dan Wanita) dan Konstabel Polis YT1 (Lelaki).

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara Datuk Asmawati Ahmad berkata calon-calon terlibat adalah mereka yang telah lulus ujian pemeriksaan fizikal Siri 2/2018 sahaja.

“Semakan status kelayakan ujian berkenaan boleh dibuat melalui sistem semakan online (SSO) PDRM di http://sso.rmp.gov.my/Ap/AP_SEARCH.aspx mulai hari ini, ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
…..

 

[ad_2]