[ad_1]
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Abdullah Ayub, 92, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini awal hari ini.
Perkara itu disahkan isterinya, Toh Puan Anna Abdul Ranee ketika dihubungi Bernama.
“Tun dimasukkan ke IJN 4 Dis lepas kerana masalah jantung biasa. Bagaimanapun, beliau diserang strok pada 5 pagi Jumaat lalu (7 Dis).
“Selepas menjalani rawatan, beliau meninggal dunia pada 1.33 pagi ini,” katanya.
Beliau berkata solat jenazah akan berlangsung di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini selepas solat Zohor, sebelum urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Dilahirkan pada 3 Jan 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak, Allahyarham dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara pada 1 Jan 1979 dan bersara daripada perkhidmatan awam pada 3 Jan 1981.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ