MIDA ketengahkan peluang menarik di Malaysia bagi pelabur AS

[ad_1]


Oleh Manik Mehta

NEW YORK, 14 Dis (Bernama) – Dalam keadaan sektor perdagangan dan industri Amerika Syarikat (AS) yang tidak menentu ekoran perang perdagangan antara AS-China yang telah menyebabkan pelabur berpotensi AS mencari peluang pelaburan di negara-negara lain selain China, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengambil langkah untuk mengetengahkan Malaysia sebagai destinasi yang ‘menarik, memberi ganjaran dan mesra perniagaan’.

Menurut Pengarah MIDA yang berpangkalan di New York, Shams Rusli, agensi itu akan membantu syarikat-syarikat yang berhasrat untuk melabur dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dengan menyediakan perkhidmatan termasuk memudahkan pelaksanaan projek, pemilihan tapak, peluang menjalin usaha sama dan maklumat mengenai peluang perniagaan di Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan komuniti perniagaan tempatan yang turut dihadiri ahli perniagaan dari Malaysia di Flushing, New York pada Rabu.

Kim Bong, wakil komuniti Malaysia yang dianggap sebagai penggerak di belakang Malaysian American Association (MAA), merupakan individu yang menjayakan pertemuan antara Shams dan kumpulan komuniti perniagaan tersebut.
…..

 

[ad_2]