SATU PARAH, DUA CEDERA RINGAN DALAM KEMALANGAN JALANRAYA DI KINABATANGAN

Anggota Bomba sedang mengeluarkan mangsa dari kereta Proton Aeroback

Oleh Faizal Rahman

KINABATANGAN: Seorang warga emas parah manakala dua orang cucunya cedera ringan apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Jaya Baru, 15 KM dari sini hari ini.

Ibrahim Hashim, 69, yang tersepit dalam keretanya berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba sebelum beliau bersama Muhammad Irsyad Rayyan Mohd Ramli, 5 tahun, dan Siti Nurhasanah Mohd Ramli, 8, dihantar ke Hospital Kinabatangan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan telah menerima panggilan kecemasan melalui talian balai pada jam 9.00 pagi.

Sejurus itu,  sebuah jentera yang diketuai oleh PBK II Hairul Jamal bersama 4 orang anggota telah respon ke lokasi kemalangan. Tiga orang lelaki dalam kenderaan pacuan empat roda berumur 56 dan 60 tahun, tidak mengalami kecederaan.

Operasi ditamatkan pada jam 9.25 pagi setelah memastikan keadaan di lokasi selamat kepada pengguna jalanraya lain.