SANDAKAN: Isaac Wong, Setiausaha Pengelola Cabang Sandakan , dan ahli ahli PKR cabang Sandakan membidas kenyataan yang dikeluarkan calon Timbalan Ketua AMK Malaysia yang kalah untuk memutarkan belit keadaan di Kongress AMK.
Hari ini saya kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh bekas calon Timbalan Ketua AMK Malaysia yang kalah Raymond Ahuar terhadap kekasaran yang dibuat sebilangan anggota perwakilan sehingga menyebabkan kecederaan adalah tidak berasas.
Mangsa dalam insiden berkenaan ialah seorang Perwakilan AMK yang berasal dari cabang Batu dan bukan dari Sabah.
Beliau mengalami kecederaan kepala akibat perlontaran batu yang dibuat sekumpulan pemuda pemuda yang berbaju kemeja T hitam. Beliau terpaksa dihantar ke hospital dan mendapat rawatan susulan.
Team baju hitam yang bawah umur ini yang dipercayai dipedaya oleh bekas calon Timbalan Ketua AMK Malaysia yang kalah Raymond Ahuar dan Ketua Penerangan AMK negeri Sabah Razeef Rakimin untuk menjana pendapatan sampingan untuk jaga keselamatan TPM tetapi mereka telah dipedaya sebagai alat penipuan dalam pengundian Pengerusi Tetap baru dan Timbalan Pengerusi Tetap dan menjadi kaki pukul skuad Keadilan sekiranya pemerhati dan pewakilan yang berbaju koporat biru muda yang mengingkari arahan.
IA amat mendukacitakan bukan sahaja memalukan PKR Sabah. Ini turut memberi kesan kepada para Perwakilan dan Pemerhati yang hadir.
Saya menggesa Raymond Ahuar bekas calon Timbalan Ketua AMK Malaysia dan Ketua Penerangan AMK Sabah Razeef Rakimin supaya jangan memutarkan belit kenyataan dan menghormati siasatan polis dan bukan ganggu siasatan polis.
Tindakan penipuan dan gengsterisme telah jelas telah mencemar nama baik parti dan perlu ambil tindakan tegas.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius