Hablur jernih disyaki dadah jenir syabu bersama kertas timah yang dirampas oleh Polis Lahad Datu semalam
Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Seorang lelaki warga asing ditangkap polis selepas didapati memiliki syabu lebih kurang 11.77 gram bernilai RM 1,765.50 di Kampung Puyut dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor berkata saspek berumur 27 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) semasa Operasi Kristal jam 7.10 malam.
Menurut Nasri, saspek berada di simpang masuk kampung dan bertindak agresif ketika anggota polis hendak memeriksanya dan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya dicekup.
Pemeriksaan terhadap saspek menemui satu paket plastik yang mengandungi empat paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu bersama 14 gulung kertas timah, tambah Nasri.
Nasri berkata bahawa saringan awal air kencing telah dilakukan dan saspek negatif sebarang jenis dadah.
Saspek ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ