Kadar pengangguran di N. Sembilan 2.8 peratus tahun lepas

[ad_1]


SEREMBAN, 18 Dis (Bernama) — Kadar pengangguran di Negeri Sembilan pada tahun 2017 adalah 2.8 peratus berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri J. Arul Kumar.

Beliau berkata kadar pengangguran itu adalah mengikut perkadaran penduduk yang menganggur, kepada jumlah penduduk dalam tenaga buruh.

“STB merupakan kajian sampel berkebarangkalian yang dilaksanakan melalui pendekatan isi rumah untuk mendapatkan maklumat anggaran tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran peringkat penduduk. Kajian ini dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan antarabangsa iaitu Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang diguna pakai oleh kebanyakan negara.
…..

 

[ad_2]