[ad_1]
Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata dasar itu akan menyediakan dengan jelas hala tuju strategik yang ditetapkan serta sasaran untuk menyatu dan mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelancongan dunia.
“Dasar ini akan bersifat lebih menyeluruh, komprehensif dan berpaksikan trend industri pelancongan di peringkat global yang meliputi pelbagai aspek dan subsektor pelancongan termasuklah ‘accessible tourism’,” katanya ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan senator Bathmavathi Krishnan yang mahu tahu langkah yang diambil kementerian untuk memastikan aspek ”accessible tourism’ diberi perhatian dari segi tempat penginapan yang mesra Orang Kurang Upaya (OKU) serta menepati piawaian ‘universal design’.
Menjawab lanjut Muhammad Bakhtiar berkata kementerian komited dalam memastikan semua kategori pelancong boleh melancong ke Malaysia dengan selamat dan selesa dengan berpandukan prinsip ‘Tourism For All–Promoting Universal Accessibility’ oleh United Nations World Tourism Organisation (UNWTO).
…..
[ad_2]


More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ