Frankie (kanan) ketika mengadakan sidang media.
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)telah melaksanakan langkah-langkah kawalan jangkitian virus polio berikutan satu kes kejadian yang disahkan dijangkiti virus polio di negeri Sabah.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui satu kenyataan akhbar telah memaklumkan kes itu merupakan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia yang berumur tiga bulan dan berasal dari Tuaran.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frabnkie Poon Ming Fung berkata, kes pada mulanya mengalami demam dan seterusnya diikuti dengan lemah anggota badan.
“Pesakit kini masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media, hari ini.
Katanya, kes itu telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember yang diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV 1).2019.
“Bagi menangani penularan penyakit ini, pihak Jabatan Kesihatan negeri Sabah telah melaksanakan langkah-langkah kawalan jangkitian virus polio yang sewajarnya,” katanya pada sidang akhbar disini hari ini.
Frankie berkata, aktiviti pencarian kes-kes acute flaccid paralysis (AFP) iaitu proksi kepada penyakit polio myelitis di kawasan sekitar tempat tinggal kanak-kanak itu telah dan sedang dijalankan.
Menurutnya, sehingga 5 Disember 2019, seramai 646 orang telah diperiksa, dan tiada orang bergejala AFP dikesan.
Beliau berkata, siasatan bagi mengenalpasti punca jangkitan masih diteruskan dan ini termasuklah pengambilan sampel najis dari kontak rapat kanak-kanak tersebut dan sampel persekitaran bagi pengesanan kehadiran virus polio.
Selain daripada itu, katanya, ktiviti pemberian imunisasi tambahan (SIA) di kawasan tempat tinggal kes dibuat dan akandiperluaskan ke kawasan lain yang berisiko bagi memastikan penularan terhenti.
“Ia juga bagi memastikan liputan imunisasi polio ditingkatkan terutamanya di kalangan kanak-kanak yang tercicir imunisasi,” katanya.
Frankie berlata, pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan langkah-langkah pencegahan sedang giat dijalankan di kawasan terlibat.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan penjagaan kebersihan terutamanya amalan mencuci tangan diri serta penggunaan tandas yang sanitari.
“Ini adalah kerana penyakit Polio ditularkan melalui “fecal oral route”,” katanya.
Penduduk setempat juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mempunyai gejala AFP ataumemaklumkan pihak KKM sekiranya mengetahui terdapat kes sedemikian yang tidak mendapatkan rawatan.
Penyakit polio merupakan salah satu penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui pemberian imunisasi. Penyakit ini boleh menyebabkan kelumpuhan kekal.
Lazimnya penyakit ini merebak melalui oral- fekal dan boleh juga melalui makanan dan air yang tercemar.
Di bawah Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan, empat (4) dos vaksin polio diberikan dengan menggunakan vaksin kombinasi Difteria, Pertussis, Tetanus dan Haemophilus influenza B.
Ia diberikan kepada kanak-kanak pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan.
Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah juga menjalankan pemantauan kehadiran virus polio dalam persekitaran melalui persampelan air kumbahan di enam (6) loji rawatan air kumbahan terpilih.
Sehingga kini, tiada virus polio liar (wild) atau circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV) dikesan dalam sampel persekitaran.
Frankie berkata, Negeri Sabah tidak pernah melaporkan kes Poliomyelitis sebelum ini. Kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992.
Katanya, penyakit polio merupakan penyakit yang wajib dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Katanya, bagi memastikan Malaysia bebas daripada penyakit polio, pemantauan gejala penyakit yang menyerupai gejala penyakit polio iaitu Acute Flaccid Paralysis (AFP) dijalankan kepada kanak- kanak berumur kurang daripada 15 tahun di semua fasiliti kesihatan di
Malaysia.
“Sekiranya terdapat kes-kes AFP dilaporkan, siasatan lengkap akan dijalankan,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ