Rosmah kekal pengakuan tidak bersalah 17 pertuduhan

[ad_1]


KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi 17 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hari ini mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas kesemua tuduhan itu di Mahkamah Tinggi, di sini.

Rosmah, 67, yang memakai baju kurung dan selendang serba merah jambu mengangguk faham selepas jurubahasa wanita membacakan setiap pertuduhan, dan ketika ditanya sama ada Rosmah mengaku bersalah atau tidak, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata: “Minta bicara”.

Hari ini merupakan sebutan kali pertama kes itu di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan selepas kes itu dibenarkan dipindah dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
…..

 

[ad_2]