Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalanraya di KM 3, Jalan Lahad Datu-Sandakan, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor berkata, mangsa berumur 20 tahun menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah bandar Lahad Datu menuju ke jalan Sandakan ketika kemalangan berlaku jam 10.30 malam.Menurut Nasri, mangsa dipercayai hilang kawalan motosikalnya
selepas melalui jalan selekoh di tempat kejadian sebelum terbabas dan terlanggar tiang lampu pembahagi jalan.
Mangsa mengalami kecederaan parah setelah tercampak diatas jalanraya dan meninggal dunia di lokasi, kata Nasri.
“Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”tambah Nasri.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ