Zakaria menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Seri Manis
SANDAKAN: Umat Islam wajar berusaha memperbaiki akhlak dan meneguhkan jati diri agar menjadi umat yang mempunyai perpaduan tinggi sekaligus memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai seorang Muslim, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Zakaria Hj Mohd Edris berkata, umat islam perlu sentiasa mengenang perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan dakwah Islam.
Ini kerana hasil perjuangan dakwah Baginda Rasulullah SAW dan pengorbanan sahabat-sahabat Baginda, membolehkan masyarakat Islam hari ini dapat mengecapi nikmat iman dan kesucian agama islam.
Beliau berucap demikian dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Seri Manis, di Surau As-Sofiyah Kampung Seri Manis, Batu 16 Jalan Labuk baru-baru ini.
Dalam pada itu, Datuk Hj Zakaria berkata, penganjuran program sedemikian merupakan medium terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturahim sedia ada antara masyarakat di Kampung Seri Manis dan kawasan kampung-kampung sekitarnya.
Menurutnya, usaha itu juga sekaligus dapat meningkatkan lagi kefahaman agama dan menjana kecintaan terhadap junjungan besar Baginda Rasulullah S.A.W.
Dalam majlis itu, beberapa penduduk Kampung Seri Manis dan kampung sekitar diberikan anugerah khas Maulidur Rasul peringkat Kampung Seri Manis, berikutan sumbangan dalam memperkasa pembangunan dan syiar Islam di kawasan itu.
Anugerah khas itu termasuklah, Tokoh Maulidur Rasul yang diberikan kepada Stuju Labangnga, serta Anugerah Jasamu Dikenang, kepada Sapiah Jama atas insiatif mewakafkan lot tanah untuk pembinaan surau berkenaan.
Turut diberikan Anugerah Tokoh Keprihatinan dan Komitmen kepada Siti Noraliza Jalil serta Anugerah Tokoh Bilal dan Kehadiran terbaik kepada Yunus Mengangka.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ