Chong (duduk tengah) bersama Anddre dan warga Bomba zon Sandakan semasa program Hari Keluarga Bomba Zon Sandakan Tahun 2019
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran muncul sebagai johan keseluruhan dalam sukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan yang dilangsungkan baru-baru ini.
BBP Beluran menjuarai tiga acara sukan yang diadakan iaitu sepak takraw, bola tampar dan bola sepak, kata penguasa zon Anddre Andrew di sini hari ini. Menurut Anddre, acara-acara sukan ini diadakan sempena program Hari Keluarga Bomba Zon Sandakan Tahun 2019 bertempat di BBP Sandakan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Elopura Calvin Chong dan turut dihadiri Ketua-Ketua Balai, Pengerusi-Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela , Pegawai-Pegawai Kanan, anggota serta ahli keluarga, kata Anddre.
Selain itu, acara-acara sukaneka juga turut diadakan pada awal pagi dan disertai oleh warga bomba serta isteri dan anak-anak, kata beliau lagi.
Keputusan acara sukan yang telah dilangsungkan –
Sepak takraw:
- BBP Beluran
- BBP Kinabatangan
- Pasukan Pejabat
Bola Tampar:
- BBP Beluran
- BBP Sandakan B
- BBP Sandakan C
Bola Sepak
- BBP Beluran
- BBP Sandakan A
- BBP Sandakan C

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ