MENTERI KPLB MALAYSIA LAWAT MEMBAKUT

Mohd.Arifin (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Rina sambil diperhatikan oleh Azizah (dua dari kanan) dan Amisah

MEMBAKUT: Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, Datuk Seri Rina Mohd. Harun yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua-Ketua Srikandi Bahagian Negeri Sabah di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif di Kampung Pimping, hari ini (19 Disember 2019).

Rina (dua dari kanan) mengadakan perjumpaan bersama Ketua-Ketua Srikandi Sabah.

Terdahulu, Rina merasmikan Program Back To School 2020@ KPLB Yayasan Pelajar Mara  Peringkat Parlimen Kimanis di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan.

Beliau turut melawat kilang pemprosesan mee di Kampung Lumat, Beaufort dan Majlis Ramah Mesra Bersama Srikandi Bahagian Kimanis dan Pameran Produk Usahawan Desa di perkarangan kediaman Mohd.Arifin.

Rina (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan gubahan sempena Majlis Ramah Mesra Srikandi Bahagian Kimanis

Turut hadir ialah Ketua Srikandi BERSATU Negeri Sabah, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun, ADUN Lumadan, Encik Matbali Musah, Timbalan Ketua Srikandi Sabah, Datuk Hajah Amisah Yassin,  Setiausaha Srikandi Negeri, Dato Redonah Bahanda, Ketua Penerangan Srikandi Negeri, Puan Mizmah Appehdullah.