Lori treler yang terlibat dalam kemalangan jalanraya di Jalan Gedau, Beluran petang tadi
OLEH FAIZAL RAHMAN
BELURAN: Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya cedera dalam kemalangan jalanraya di Jalan Gedau kira-kira 33 KM dari sini petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 3.55 petang melalui talian MERS999.
Sejurus itu Balai Bomba dan Penyelamat Beluran digerakkan ke tempat kejadian dengan menaiki 1 jentera bomba diketuai PBK II Rahmat Rudat bersama 7 orang anggota.
Kemalangan melibatkan3 buah kenderaan iaitu Toyota Avanza, Lori Treler dan sebuah motosikal Terdapat 7 orang mangsa lelaki terlibat berumur 4 hingga 54 tahun.
Dua orang mangsa iaitu pembonceng dan penunggang motorsikal mengalami kecederaan ringan.
Mereka telah diberikan rawatan awal oleh pasukan Bomba seterusnya dihantar ke Hospital Beluran menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mangsa cedera dikenalpasti sebagai Naji Naridin, 54 dan anak Norfazlie Naji, 27. Operasi tamat pada jam 4.52 petang.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ