Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pantai dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor berkata mangsa berumur 22 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di Hospital D
erah Lahad Datu dalam kejadian lebih kurang jam 4.27 petang itu.
Menurut Nasri , siasatan awal mendapati mangsa perjalanan dari arah bandar Lahad Datu menuju ke Jalan Kastam Lama dan dipercayai telah terlanggar belakang kenderaan pacuan empat roda yang membuat pusingan U di Jalan Pantai.
Impak tersebut mengakibatkan mangsa tercampak diatas jalanraya, tambah beliau.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Nasri.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ