
TENOM: Sebuah rumah dan tiga motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Paal, Batu 10, di sini, malam tadi.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.27 malam.
Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota daripada balai bomba dan penyelamat Tenom kemudian tiba di lokasi tidak lama selepas itu untuk menjalankan operasi memadam kebakaran.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.45 malam.
Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ