[ad_1]
SHAH ALAM, 16 Jan (Bernama) — Pengguna jalan raya di laluan Jalan Klang-Teluk Intan yang menuju ke Kuala Selangor diminta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan bersempena sambutan Thaipusam pada 20 dan 21 Jan ini di daerah itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Mohd Asri A. Wahab berkata perarakan pedati akan melalui Jalan Bukit Rotan, Kuala Selangor pada Ahad ini dan pada keesokannya, ia akan melalui Jalan Klang-Teluk Intan untuk ke Kampung Tanjong Keramat, Kuala Selangor.
“Untuk mengelakkan kesesakan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor menyediakan laluan dan jalan alternatif bagi melancarkan lalu lintas semasa sambutan Thaipusam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
…..
[ad_2]

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ