SAMBUTAN TAHUN BARU CINA UPKO 1 FEB

KOTA KINABALU: Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina UPKO 2019 akan dianjurkan pada 1 Februari ini.

Presiden Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, “UPKO sudah dijenamakan semula maka saya syorkan perayaan kali ini menggambarkan komitmen UPKO agar lebih ramai yang akan turut sama menyertai sambutan ini.”

Justeru, acara tahunan sambutan Tahun Baru Cina oleh UPKO Penampang pada tahun ini akan dinaik taraf sebagai perayaan UPKO peringkat negeri.

“Saya dengan ini menjemput semua untuk hadir dan memeriahkan lagi perayaan itu. Jumpa anda di sana,” tambah beliau.

Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan dan Perindustrian dan Presiden UPKO berkata majlis pada kali ini haruslah dianjurkan dengan menambahkan beberapa acara yang benar-benar menggambarkan satu suasana kesepakatan dan perpaduan dikalangan semua terutama ahli UPKO.

Acara itu akan diadakan pada petang 1 Februari 2020 bertempat di Taman Suria, Penampang, kata pengerusi penganjur Eliza Edward Kong dalam kunjungan hormat pagi tadi. Turut hadir Datuk Wong Thien Fook dan Monih Epin.

Pada pagi tadi juga, Madius menerima kunjungan dari Dewan Perniagaan Cina Tuaran yang diketuai oleh Datuk Tan Kim Beng yang akan menganjurkan acara tahunan mewakili 9 persatuan kaum Tionghua di Tuaran.

Madius (duduk tiga dari kanan) dan Eliza (duduk dua dari kanan) semasa kunjungan hormat tersebut. Turut hadir Datuk Wong Thien Fook (tiga dari kiri) dan Monih Epin (dua dari kiri).

Menurut taklimat yang diberikan kepada Madius, pada kali ini acara yang dianjurkan untuk kali ke-43 itu akan diadakan secara besar-besaran selama dua hari iaitu pada 8hb dan 9hb Februari 2020 dan diadakan di Astaka Padang Tuaran.

Antara pengisian aturcara yang diadakan adalah penglibatan kaum etnik lain yang terdapat didaerah Tuaran seperti suku kaum Dusun Lotud dan Bajau Sama.