KERAJAAN KOMITED BANGUNKAN BEAUFORT TERMASUK PERTANIAN
BEAUFORT: Masyarakat Beaufort, semalam, menerima suntikan keyakinan selepas Menteri Pertanian dan Industri Sabah, Datuk Junz Wong mengulangi komitmen kerajaan negeri mengatasi masalah yang dihadapi penduduk setempat.
Dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan, Junz berkata kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan dan saliran di kawasan Beaufort akan dilaksanakan tahun ini.
“Kerajaan negeri akan menaiktaraf parit, longkang dan sebagainya ketana kerja-kerja ini penting untuk penduduk setempat, termasuk golongan usahawan tani juga, kerana hasil tanaman para petani terjejas akibat banjir.
“Kerajaan akan membantu golongan usahawan tani meningkatkan hasil tanaman,” katanya.
Tambah beliau, masyarakat usahawan tani Beaufort akan menerima manfaat Pelan Pembangunan Pertanian Sabah 2020-2030, khususnya melalui dua program khas.
“Yang pertama, Program Penanaman Buah-Buahan melibatkan tanah seluas 320 hektar yang akan dibangunkan oleh Korporasi Pembangunan Desa (KPD).
“Tanah ini akan diusahakan oleh masyarakat setempat secara ‘contract farming’ di mana hasil tani yang diusahakan akan dibeli balik oleh Koperasi Pembangunan Desa (KPD)
“Yang kedua, Pusat Pengumpulan Buah-buahan yang akan dibina di kawasan berhampiran. Menerusi pusat pengumpulan buah-buahan ini, hasil tani para pekebun akan dibeli oleh kerajaan dan usahawan tani tidak perlu bimbang hasil tanaman gagal menemui pembeli.
“Usaha-usaha ini akan mewujudkan industri downstream yang mampu menjana pelbagai pekerjaan baru dan inilah rrancangan serta usaha Kerajaan Sabah,” katanya lagi.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ