Ahli Majlis Daerah diseru manafaatkan platform media sosial

TKM bersalaman dengan ahli MDT selepas majlis tersebut

TUARAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Sri Panglima Madius Tangau mahu ahli-ahli majlis daerah memanfaatkan platform media sosial yang terkini bagi memudahkan interaksi dengan masyarakat terutama pihak berkepentingan atau golongan sasar.

Beliau berkata ini penting bagi memastikan mereka dapat bergerak selari dengan kemajuan teknologi terkini, sekali gus meningkatkan keberkesanan perkhidmatan terutama daripada segi komunikasi.

Datuk Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negeri berkata rakyat perlu mengetahui program, projek dan inisiatif yang telah, akan atau sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kesejatheraan rakyat.

Katanya kegagalan menyampaikan maklumat dengan cepat, tepat dan berkesan boleh menimbulkan keraguan terhadap ahli majlis daerah dalam membantu pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Upacara Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Masjid Daerah Tuaran Bagi Tahun 2019-2020 di Tuaran, Kota Kinabalu.

Pegerusi Majlis Daerah Tuaran Tn. Mohd. Sofian Alfian Nair menyaksikan lafaz ihklar dan menurunkan tandatangan surat pelantikan watikah kesemua ahli.

Turut hadir Ketua Penolong Setiausaha, Haji Awang Bakar Awang Hussein dan Timbalan Ketua Polis Daerah Tuaran,ASP Raji Hussin Suhadin

Datuk Madius berkata ahli majlis daerah perlu kreatif dan inovatif serta memberi idea baru bagi membantu meningkatkan kualiti pembangunan dan memenuhi ekspetasi dan kehendak masyarakat.

Beliau juga menyeru mereka supaya sentiasa bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang lain dalam menangani cabaran dan tuntutan semasa.

 

TKM menyampaikan surat pelantikan watikah kepada ahli MDT.