Oleh Wartawan BS
BEAUFORT: Polis akan pastikan tahap keselamatan di semua saluran mengundi pada Piliharan Raya Kecil (PRK) Kimanis, dipertingkatkan.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak, seramai 859 pegawai dan anggota pelbagai cawangan akan ditugaskan sepanjang tempoh proses pengundian termasuklah memastikan kelancaran proses pemindahan peti ke pusat pengiraan undi.
Katanya, langkah itu bagi mengelak sebarang insiden tidak diingin berlaku.
“Keanggotan trafik kita maksimumkan 100 orang lebih, untuk memastikan laluan lancar dan juga keselamatan dan juga petugas-petugas ini dari PDM ke tempat pengiraan undi di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir.
“Kita tutup laluan di hadapan dewan itu sahaja, kita kira sebagai laluan alternatif, saya jangkakan tidak menggangu lalu lintas,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, di sini, hari ini.
PRK Kimanis kali ini menyaksikan seramai 29,618 jumlah pengundi untuk kerusi Parlimen berkenaan melibatkan 68 saluran dan 19 buah pusat mengundi.
Sementara itu katanya, Jalan Beaufort ini jalan utama dari Sarawak dan negara Brunei itu sendiri.
“Kita cuba sebaik mungkin… jika ada kesesakan mohon semua pengguna jalan raya bersabarlah.
“kita faham beberapa lokasi PDM-PDM di tempat mengundi ini di tepi jalan utama,” katanya.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong