Oleh Willie Jude
KIMANIS: Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang menyifatkan hari ini sebagai melegakan selepas kira-kira dua minggu ‘stress’ berkempen.
“Saya agak kurang ‘stress’ hari ini selepas berkempen sejak 4 Januari lalu. Alhamdulillah, saya lihat proses pengundian lancar, pengundi jalankan tugas masing-masing, dan cuaca juga cerah, mudah-mudahan berterusan hingga petang.
“Jadi saya merayu pengundi turun awal untuk melaksanakan tanggungjawab supaya proses pengundian lancar dan terhindar daripada kesesakan dan hujan,” katanya ketika ditemui.
Karim selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kimanis, pada kira-kira jam 9 pagi tadi.
Beliau adalah antara 2,158 pengundi berdaftar di pusat mengundi berkenaan yang mempunyai lima saluran mengundi.
Karim berkata, beliau akan melawat semua 19 daerah mengundi yang ada di Kimanis ini.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius