PSS TIDAK AKAN DILAKSANAKAN

Oleh Wartawan BS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri hari ini membuat keputusan untuk membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah, sebentar tadi.

Katanya, keputusan berkenaan akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam tempoh terdekat.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan supaya PSS dibatalkan setelah melihat dan mendengar suara rakyat, kerajaan negeri akan memaklumkan keputusan ini kepada KDN,” katanya.

Shafie berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat reaksi rakyat yang menolak PSS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.