Oleh Wartawan BS
30 Januari 2020
PENAMPANG: Sebanyak 188 pain darah berjaya dikumpul pada Kempen Derma Darah yang dianjurkan Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) bersama dengan 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat di ruang legar tingkat bawah ITCC Penampang, baru-baru ini.
Pengerusi penganjur yang juga presiden Pendarah, Alix Sunggin, berkata kempen selama dua hari yang bermula pada 25 Februari itu berjaya menarik seramai 288 penyertaan namun 100 daripadanya gagal menderma.
“Pada hari pertama kami berjaya mengumpul 107 pain darah namun seramai 64 orang gagal menderma disebabkan pelbagai faktor kesihatan.
“Pada hari kedua pula, kami berjaya mengumpul 81 pain darah namun seramai 36 orang juga gagal menderma dan ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 188 pain darah dikumpul,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Alix berkata, kempen dua hari yang diadakan sempena Tahun Baru Cina (CNY) itu bermula seawal jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.
“Kempen kali ini dibuat sempena sambutan CNY dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma, ahli jawatankuasa Penganjur, NGO dan syarikat yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
“Tidak lupa juga kepada Persatuan Kebajikan An Nur Inanam yang menaja 100 kampit beras. Hanya tuhan saja yang mampu membalas jasa anda semua,” katanya.

Tambah Alix, antara NGO dan syarikat yang bekerjasama ialah Pertubuhan Orang Asal Sabah (Orang Asal); Akademi Forex Malaysia (AFM); Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia (PerDarah); ITCC Penampang, Persatuan Thalassaemia Sabah (Thalassaemia); Event Finders; Ahmadiyya Muslim Community; Persatuan Kebajikan Bambarayon Kampung Kopungit Kota Kinabalu (Bambarayon); Pertubuhan Kebajikan Melati Sabah (Melati); Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Nuluh Kopungit (Pekebun); Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah (PLAS); McDonald’s; AtukoiFM; ArtVision; MSU Collage Sabah; Green Buddy; Persatuan Kebajikan An Nur Inanam; D’Seven Travel & Tours Sdn Bhd; BeritaSabah.com; Kinabatangan Wildlife Lodge; D7’ Rays; Amantika Graphic & Design; Persatuan Pemilik Trak Navara Sabah (PPTNS) dan Jabatan Tranfunsi Hospital Queen Elizabeth Satu dan Dua.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ