CNY UPKO MERIAH

Oleh Wartawan BS
2 Februari 2020

PENAMPANG: Kira-kira 5,000 orang memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) UPKO yang diadakan di Taman Suria Penampang, di sini, semalam.

Sambutan berkenaan kali pertama diadakan di peringkat negeri dan ianya akan menjadi acara tahunan UPKO selaras dengan penjenamaan parti itu sebagai parti yang berbilang kaum.

Majlis yang dihoskan presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Hadir sama Presiden Kehormat UPKO, Tan Sri Bernard Dompok, naib-naib presiden dan ahli majlis tertinggi UPKO serta tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Pelbagai acara diadakan sempena sambutan itu termasuklah persembahan pentas, tarian singa dan cabutan tiket bertuah.

Selain itu, pemberian angpao kepada kanak-kanak dan warga emas juga diadakan.