KOTA KINABALU: Satu lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Malaysia, hari ini, menjadikan jumlah kes kematian menjadi 15 orang, setakat ini.
Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya, sebentar tadi.
Noor Hisham berkata, mangsa terkini itu ialah seorang lelaki berusia 71 tahun dan merupakan kes ke-1,519 serta berasal dari Melaka.
“Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif ke-703 yang menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini.
“Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, sejak 18 Mac,” katanya.
Menurut Noor Hisham lelaki terbabit meninggal dunia pada jam 5.35 pagi tadi.
“Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” katanya./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ