61 ORANG SEMBUH, DISCAJ HARI INI

KOTA KINABALU: Seramai 61 orang yang sebelum ini dijangkiti Covid-19 di negara ini telah pulih dan dibenarkan discaj, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di ibu negara, hari ini, berkata jumlah yang berkenaan menjadikan kes yang telah pulih dan sembuh setakat ini sebanyak 320 kes.

Bagaimanapun setakat tengah hari tadi, Noor Hisham, berkata sebanyak 159 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,320 kes,” katanya.

Tambah beliau,sehingga kini, seramai 73 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah berkenaan, sebanyak 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat 1 kes kematian baru dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia kini meningkat menjadi 27 kes./BERITA SABAH