KOTA KINABALU: Selepas tiada pertambahan kes Covid-19 Semalam, Sabah, hari ini, mencatatkan empat kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 201 kes.
Tawau terus menjadi daerah tertinggi merekodkan kes Covid-19 apabila meningkat tiga kes lagi hari ni menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 60 kes.
Lahad Datu juga kekal daerah kedua tertinggi mencatatkan kes Covid-19 dengan 34 kes manakala Kota Kinabalu, yang bertambah satu kes, hari ini, kekal daerah ketiga tertinggi dengan jumlah 29 kes.
Lain-lain daerah pada hari ini kekal dengan jumlah kes sebelum ini iaitu Sandakan yang mencatatkan 15 kes, Kinabatangan (14), Tuaran (12), Beaufort, Kunak, dan Putatan masing-masing tujuh kes, Kota Belud (5), Sipitang (4), Papar dan Ranau masing-masing dua kes serta Penampang, Semporna, dan Tambunan masing-masing satu kes.
Setakat ini juga, kes kematian di Sabah kekal dengan satu kes manakala jumlah pesakit yang sembuh pada hari ini meningkat kepada 11 orang termasuk dua terbaharu di Kinabatangan./BERITA SABAH


More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ