KOTA KINABALU: Malaysia mencatat dua lagi kematian hari ini menjadikan jumlah kes kematian, setakat ini, seramai 45 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang media hariannya berkata, dua yang meninggal dunia itu adalah warganegara Malaysia.
“Kes kematian ke-44 adalah melibatkan wanita berumur 80 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung. Wanita itu meninggal dunia 4.30 pagi tadi.
Kes kematian ke-45 pula melibatkan lelaki berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi yang meninggal dunia pada pukul 1.46 malam tadi,” katanya.
Noor Hisham berkata, dua kes kematian terbaru itu membabitkan kontak rapat pesakit positif Covid-19 lain.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata kes Covid-19 bertambah 142 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 2,908 kes./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ