KOTA KINABALU: Seramai 90 pesakit Covid-19 di negara ini pulih dan dibenarkan pulang, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh kini mencecah 1,005 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit yang pulih itu adalah 27.45 peratus daripada keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia, setakat ini.
Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 179 kes baru dicatatkan, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 2,662 kes.
Beliau turut memaklumkan empat lagi pesakit baru yang meninggal dunia, menjadikan jumlah korban kepada 61.
Katanya, daripada 179 kes baru tersebut, 46 daripadanya mempunyai kaitan dengan perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur pada akhir Februari lalu.
Bilangan pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal 99 orang.
Pesakit ICU yang memerlukan bantuan pernafasan pula menurun daripada 50 kepada 48 orang./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ