COVID-19 : SABAH HANYA SATU KES BAHARU, SEMBILAN LAGI PULIH

KOTA KINABALU: Sabah hari ini hanya mencatat satu pertambahan kes positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 241 kes.

Seramai sembilan pesakit Covid-19 di negeri ini juga dilaporkan telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih seramai 61 orang.

Pertambahan kes baharu hari ini membabitkan Putatan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di daerah berkenaan kini sebanyak lapan kes.

Setakat ini juga, Tawau kekal daerah tertinggi mencatatkan kes Covid-19 dengan jumlah 67 kes disusuli Lahad Datu yang mencatat jumlah kes sebanyak 38 manakala Kota Kinabalu daerah ketiga tertinggi dengan 34 kes.

Sandakan pula daerah keempat tertinggi merekodkan Covid-19 dengan jumlah sebanyak 19 kes manakala Tuaran dan Kinabatangan masing-masing kekal dengan 17 kes.

Lain-lain daerah yang mempunyai rekod Covid-19 setakat ini ialah Beaufort dengan jumlah sembilan kes, Kunak (8), Penampang (6), Kota Belud (5), Sipitang (4), Papar (3), Ranau (2), Semporna (2), Tambunan (1), Keningau (1).

Kes kematian di Sabah juga kekal dengan dua kes iaitu berlaku di Tawau serta Tambunan.

Sementara itu, Sabah yang sebelum ini negeri keempat tertinggi mencatat kes Covid-19 kini di kedudukan kelima selepas Selangor yang kini mencecah 1,020 kes, Kuala Lumpur (671), Johor (478) Sarawak (288), dan Negeri Sembilan (261)./BERITA SABAH