KOTA KINABALU: Semua penumpang yang menaiki bas pengangkutan awam Tung Ma, daripada Keningau ke Kota Kinabalu pada 14 Mac lalu diarahkan untuk melapor diri dengan Pejabat Kesihatan Daerah Keningau.
Menurut kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah Keningau, hari ini, penumpang-penumpang berkenaan diminta melapor diri untuk tujuan ujian saringan Covid-19.
Penumpang bas yang dimaksudkan adalah penumpang bas yang bertolak jam pada 7 pagi, hari berkenaan, daripada Kota Kinabalu.
Kesemua penumpang terbabit juga diminta menghubungi talian 087- 336494 atau 014- 568 9777 dengan kadar segera.
Setakat ini, Keningau telah mencatatkan sebanyak lima kes positif Covid-19 termasuk satu kes baru, hari ini./BERITA SABAH

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad