KOTA KINABALU: Sebanyak 31 jangkitan Covid-19 dikesan daripada kluster petugas kesihatan daripada tiga buah hospital di Sabah.
Tiga hospital terbabit ialah Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH1), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) di Likas, dan Hospital Keningau.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media beliau di Putrajaya, berkata, kluster itu pertama kali dikesan pada 2 April, setelah seorang petugas kesihatan di QEH 2 mula menunjukkan gejala seperti batuk dan selesema.
“Jejak kontak rapat telah mengesan 31 jangkitan setakat ini, termasuk dua jangkitan baru hari ini.
“Daripada mereka yang dijangkiti, 23 adalah petugas kesihatan, dan 8 mempunyai kaitan keluarga,” katanya.
Tambah beliau, kesemua pesakit di bawah kluster berkenaan masih berada di dalam wad dan dalam keadaan stabil.
“Tiada kes yang mendapat jangkitan ini semasa mengendalikan pesakit COVID-19,” katanya lagi./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ