KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 88 kes positif Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,691, setakat ini.
Ia juga adalah hari kelapan negara ini mencatat kes harian baharu pada paras dua angka.
Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam sidang media beliau di Putrajaya, sebentar tadi.
Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan bahawa kes jangkitan terbaru itu terdiri daripada 13 kes import dan 75 penularan tempatan.
Sementara itu, beliau berkata, satu lagi kematian akibat wabak itu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 96, setakat ini.
Seramai 121 lagi pesakit juga telah pulih, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan discaj serama 3,662 orang atau 64,4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Dengan mengambil kira pesakit yang sembuh, kes aktif Covid-19 di Malaysia yang sedang menerima rawatan ketika ini ialah 1,932.
Daripada jumlah itu, 41 berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 18 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Terdahulu, kes kematian hari ni membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-2978) berusia 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
Pesakit itu mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (iaitu kes ke-1345) yang mempunyai sejarah pulang dari Indonesia. Dia telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 31 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 24 April jam 2.29 pagi./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ