KOTA KINABALU: Persatuan Mesra Alam Sekitar Sabah ( MASESA ) dengan kerjasama Kelab Belia Inovatif Kampung Meruntum dan beberapa sukarelawan bebas telah mengagihkan 800 bekas bubur dan 1300 bungkus kurma kepada penduduk sekitar Kepayan, Tanjung Aru, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Kampung Meruntum dan juga tapak pembinaan sekitar Kota Kinabalu.
Presiden MASESA, Ainie Jamin, berkata projek terbabit telah dilaksanakan selama dua hari iaitu pada hari Jumaat dan Ahad lepas.

“Seramai lapan orang ahli MASESA telah terlibat di dalam proses menyediakan bubur terbabit bermula dari penyediaan bahan, memasak dan membungkus sebelum diagihkan di beberapa kawasan yang telah ditetapkan.
“Proses pengagihan pula dilakukan ahli MASESA sekali dengan kerjasama ahli Kelab Belia Inovatif Kampung Meruntum dan beberapa orang sukarelawan bebas.
“Bahan penyediaan bubur merupakan sumbangan yang dikongsikan bersama dari ahli-ahli MASESA manakala kurma pula merupakan hasil sumbangan serta sedekah orang ramai yang dikumpulkan oleh pihak MASESA,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Ainie berkata, projek sedemikian akan diteruskan lagi melibatkan beberapa buah kawasan dalam tempoh terdekat sepanjang bulan Ramadan ini.

“Sebelum ini juga, bantuan berbentuk keperluan dapur hasil sumbangan orang ramai dan juga dan dari MASESA telah diberikan kepada beberapa buah keluarga dan pelajar yang terkandas sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan lepas.
“Diharapkan usaha kecil ini mampu menjadi pemudah cara dan penyumbang sedekah menjadi asbab kebaikan, rezeki da beroleh rahmat Ilahi di bulan yang mulia ini terutamanya kepada golongan yang terkesan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat,” katanya lagi./http://beritasabah.com

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ