KOTA KINABALU: Sebanyak 48 kes Covid-19 baharu dicatatkan di Malaysia, hari ini, dengan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 7,185.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di ibu negara, hari ini, berkata daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan itu, empat adalah kes import manakala selebihnya penularan tempatan.
Katanya, daripada 44 jumlah jangkitan tempatan itu, 25 kes membabitkan warga asing dengan 21 daripadanya dikesan di depoh imigresen Semenyih.
Sementara itu, setakat tengah hari ini, seramai 53 lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 5,912, atau 82.1 peratus daripada keseluruhan kes.
Mengambil kira kes yang sudah sembuh, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,158 kes.
Sebanyak sembilan pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima kes memerlukan bantuan pernafasan.
Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes.-http://beritasabah.com

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad