KOTA KINABALU: Buat hari ketiga berturut-turut, tiada kes Covid-19 baharu, kes sembuh dan kes kematian dicatatkan di Sabah, hari ini.
Ini bermakna, jumlah kumulatif kes di negeri ini kekal sebanyak 366 manakala kes sembuh kekal sebanyak 350.

Jumlah kematian juga kekal sebanyak tujuh kes iaitu empat di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau, Keningau dan Tambunan.
Ini bermakna jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan turut kekal sebanyak sembilan kes iaitu empat di Tuaran, tiga di Penampang dan masing-masing satu kes di Tawau serta Papar dengan kesemua daerah berkenaan kekal dikategorikan sebagai zon kuning kerana masih mempunyai kes aktif.
Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi merekodkan kes Covid-19 selepas Kuala Lumpur yang mencatat 2,431, Selangor (2,036), Negeri Sembilan (1,015), Johor (691), Sarawak (570).-http://beritasabah.com


More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad