PKR PECAT KENNY CHUA

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Kenny Chua dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas didapati memihak kepada Tan Sri Musa Aman untuk menjatuhkan Kerajaan Sabah.

“Setelah menerima pengesahan dari Majlis Pimpinan Negeri Sabah tentang keberadaan Kenny dalam blok yang berusaha menjatuhkan Kerajaan negeri Sabah dan mengambil kira pendirian KEADILAN bahawa pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak boleh dibenarkan berlaku.

“Maka, Lembaga Disiplin mengumumkan bahawa Kenny dipecat dari KEADILAN berkuatkuasa serta-merta,” kata Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Ahmad Kasim dalam kenyataan, hari ini.-http://beritasabah.com