UPKO BELURAN BERI SUMBANGAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

TELUPID: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Beluran menyampaikan bantuan kepada petugas barisan hadapan di Telupid kelmarin.

Bantuan berupa makanan dan minuman disampaikan oleh ahli jawatankuasa UPKO bahagian kepada Klinik Kesihatan dan Balai Polis Telupid.

Ketua Bahagian UPKO Beluran, Felix Joseph Saang turut membuat hantaran facebooknya dengan memuatnaik beberapa foto penyampaian bantuan itu.

“Terima kasih barisan hadapan Telupid yang sentiasa berkhidmat dan bersedia untuk memastikan penularan wabak Covid-19 terkawal.

“Kita amat menghargai bakti dan pengorbanan frontliners,” katanya.

Felix yang juga Ketua Pemuda UPKO Malaysia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan UPKO Beluran kerana sudi mewakili beliau menghantar bantuan berkenaan.

“Terima kasih rakan seperjuangan Melton Martin, Jonius Sadayoi dan Wilfred Majikon yang sudi mewakili menyampaikan sedikit bantuan.

“Semoga sumbangan kecil daripada UPKO Telupid ini dapat membantu serba sedikit.

“Kita terpaksa akur dan mematuhi arahan pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah buat masa ini,” katanya.