KOTA KINABALU: Gara-gara menegur sekumpulan lelaki yang cuba membawa keluar bakul plastik berisi ikan dari bangunan Sabah Fish Marketing (SAFMA), dua pengawal cedera dibelasah di sini, kelmarin .
Dua pengawal keselamatan yang mrupakan anak beranak berusia 22 dan 41 tahun kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).
Kejadian jam 11 pagi itu, difahamkan pada awalnya dapat diselesaikan secara baik namun sekumpulan lapan lelaki itu dikatakan kembali semula ke lokasi dalam keadaan marah.
Mereka bertindak menyerang mangsa dan anaknya yang cuba melarikan diri namun dikejar oleh suspek lalu bertindak memukul mangsa menggunakan objek seperti pisau, buku lima, rantai besi dan tali pinggang.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi hari ini.
“Akibat kejadian itu bapa mangsa pengsan manakala anaknya pula yang cedera. Beberapa suspek disyaki terbabit dalam kejadian itu ditahan dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan beberapa lagi individu disyaki terbabit dalam kejadian itu.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ