TAWAU: Sanggup merempuh hadapan kenderaan polis untuk elak dicekup.
Itulah tindakan nekad seorang pemandu Perodua Kancil ketika cuba ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi sekitar pukul 7.15 pagi semalam.
Walau bagaimanapun kenderaan yang dinaiki suspek berjaya ditemui namun pemandunya berjaya meloloskan diri.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Empat Tawau, Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan suspek sarat dengan pelbagai rokok seludup dianggarkan bernilai hampir RM30,000
“Semua bermula apabila suspek memandu dalam keadaan mencurigakan lalu diminta berhenti untuk diperiksa anggota polis.
“Bagaimanapun ketika cuba dihampiri, suspek melanggar bahagian hadapan kenderaan anggota PPM sebelum melarikan diri ke kawasan perkampungan di Jalan Apas,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Nazari berkata, hasil pemeriksaan lanjut terdapat 160 karton rokok seludup pelbagai jenama yang diletakkan dalam kotak dan bungkusan plastik.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ