EMPAT KEDAPATAN POSITIF COVID-19 DI SABAH SEMASA SARINGAN RENTAS NEGERI

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan empat kes Covid-19 yang dikesan melalui ujian saringan sebelum merentas negeri di sini hari ini.

Kesemua kes melibatkan dua rakyat Malaysia dan dua rakyat asing yang berhasrat berlepas ke Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kes tersebut sebahagian daripada sejumlah 249 kes positif COVID-19 yang dicatatkan Sabah hari ini.

Untuk rekod, kapasiti penggunaan katil bagi rawatan COVID-19 adalah pada 26.18 peratus dengan kapasiti keseluruhan katil di Hospital COVID-19 sebanyak 966 unit manakala di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah ialah 5,432 unit.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun merangkap jurucakap rasmi Covid-19 kerajaan negeri.