KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Isnin.
MetMalaysia dalam satu kenyataan menyatakan, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.
Di Sabah pula kawasan terlibat termasuklah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat, Kudat, Telupid, Beluran dan Sandakan.
Amaran yang sama juga dikeluarkan untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad