REKOD TERTINGGI 5,728 KES BARU COVID-19, 13 KEMATIAN

Kementerian Kesihatan melaporkan 5,728 kes baru Covid-19 dengan 13 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kes baru itu lebih tiga kes positif berbanding angka semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,805 pesakit pulih dalam tempoh sama, menjadikan keseluruhan 161,527 kes sembuh.

Daripada jumlah kes baru itu, 5,723 kes penularan tempatan dan baki lima kes import.