DUA “AYAM” DITAHAN DALAM OPS NODA

Tindakan licik dua wanita yang cuba melakukan kegiatan pelacuran menerusi aplikasi WeChat dan MiChat tidak kesampaian apabila mereka berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Marina Court Apartment, di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan Ops Noda jam 10.30 malam itu, kedua-dua wanita berusia 18 dan 19 tahun terbabit ditahan bersama kondom dan telefon pintar yang digunakan untuk urusniaga.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPD) Sabah, Deputi Superintendan Alhusin Halil berkata, siasatan awal mendapati kegiatan berkenaan dilakukan secara persendirian tanpa melalui orang tengah.

Katanya, kegiatan kedua-dua suspek ini adalah menawarkan khidmat pelacuran secara online melalui aplikasi Wechat dan Michat.

“Modus operandi menggunakan aplikasi WeChat dan MiChat itu membolehkan pelanggan terus berhubung dengan pelacur berkenaan bagi mendapatkan perkhidmatan seks.

“Ia sekaligus tidak memerlukan orang tenga sebagai perantata dan menyukarkan identiti sebenar mereka dikesan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Alhusin berkata, polis bagaimanapun berjaya mengesan kegiatan mereka dan terus melakukan serbuan untuk menahan mereka yang terbabit.

Katanya, kedua-dua tangkapan dan rampasan kemudiannha dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya,” tegasnya. – Asia Times