Kenampakan dalam gambar langgar SOP, Annuar kena panggil siasat oleh polis

KUALA LUMPUR 28 NOVEMBER 2017. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemuramah di Bangunan Parlimen. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Polis akan memanggil Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa untuk memberikan keterangan mengenai dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) selepas gambar beliau bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan tular di media sosial.

“Kertas siasatan sudah dibuka,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin dalam portal FMT hari ini.

Beliau berkata, laporan itu dibuat di Cheras di mana kejadian berkenaan berlaku.

“Ya… Sudah tentu,” katanya ketika ditanya adakah Annuar akan dipanggil untuk disoal siasat.

Bawah peraturan PKP, hanya dua orang saja dibenarkan duduk di setiap meja di premis ketika makan.