Dua lelaki ditahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) 3, Kampung Randagong Kilometer 18 Jalan Ranau -Tambunan di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Sammy Newton berkata kedua-dua suspek pada mulanya ditahan semasa melalui SJR terbabit kira-kira jam 3.15 petang selepas menunjukkan kelakuan mencurigakan.
“Semasa ditahan, kedua-dua suspek dalam perjalanan menghala ke Ranau dari arah Tambunan.
“Sebaik diperiksa polis menemukan 0.2 gram dadah jenis syabu yang dimikili salah seorang daripada suspek berkenaan,” katanya.
Beliau berkata suspek kemudiannya ditahan dan dibawa ke IPD Ranau untuk tindakan lanjut dan hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah.
“Suspek ditahan reman selama empat hari untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kita memandang serius berkenaan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta akan mempergiatkan lagi usaha bagi membendung gejala penagihan dan pengedaran dadah di daerah ini secara agresif.
“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak terlibat secara langsung ataupun tidak dengan penyalahgunaan dan pengedaran dadah,” katanya. – Utusan Borneo

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ